Monday 24 October 2011

Xtvt Minggu Dan Bulan Oktober nie

  Banyak perkara yang aku perlu ceritakan pada kawan-kawan semua.syukur alhamdullilah kehadrat ilahi...rezeki aku dimurahkan...permulaan aku telah pun berdaftar perniagaan dan akan membuat lesan kontraktor kelas F,Pada fikiran ku nie adalah kurnian rezeki ilahi kepada diriku sekeluarga dan ianya dapat membantu melancarkan sistem ekonomi keluagaku...bukan tidak cukup bahkan aku bersyukur sangat2....xsalah kalau menjadi lebih baik asalkan kita tak lupa asal usul kita....betul tak???...hihihi nak tau nama compony aku "DZAN ZNK ENTERPRISE"sempena nama compony ayah aku dan Z tu nama aku,N tu sempena nama anak ku dan K tu nama suamiku...hihihi...


    Baru-baru nie aku telah memutuskan memotong rambutku yang panjang tu...lama dah aku simpan 2thn...paras  punggung...hhihiih..skrg dh rasa selesa paras dada...bukan apa xlaras la uruskan dan panjang sgt2 xcantik banyak gugur...hihihi...nk tgrambut aku dulu???..jom zazzzz....

yang nie paras pinggang.


pic paras pinggung xde....hihihi..yang sekarang nie???..nanti la aku snapkan...


 Bercerita pasal anak2 pulak mereka sihat belaka cuma si kakak je boring duk dengan orang jaga so dia nak tinggal dengan nenek di kampung...layan je la....janji dia seronok...mujur la dia sorang kalu dua2 ikut menangis la aku xde kawan ya la xde sape aku nk buat main...suami sekarang sering pulang lewat maklum lah nak raya devapali dan haji nie...hihihi...layan FB di rumah pun boring gak...ihhihihi...sesekali aku rajin mendeco2 bilik anak perempuan aku nie...maklum la xde apa nak buat....hihihi...


   Bulan nie jugak aku dapat duit qutu so tercapai la impianku nak beli 'benda yangku idam2 kan'...hhihihi...syukur alhamdullilah.nk tengok pic nyer tunggu!!!...

Thursday 13 October 2011

HARGAI LAH SETIAP PERGORBANAN SEORANG INSAN YANG BERGELAR ISTERI




  • cerita yg menarik, cuba baca ye....






    Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



    waaa... mana isteri ku...



    Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



    fuuu.. lega..



    “Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



    lelaki tu pun berfikir...



    Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

    ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



    hahaha... takde yg nak marah ku...



    Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





    Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



    Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



    ingat balik..



    And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



    SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

    HARGAI MEREKA!!!!!



    Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

    sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥

BERUNTUNG MENJADI WANITA YANG BERGELAR SEORANG 'IBU'

  • ‎[INFO] KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

    1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

    3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

    4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

    5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

    6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

    7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 ta

Wednesday 12 October 2011

Cepatnyer Masa Berlalu...

      Nak story la sikit...pejam-pajam celik-celik....dh dekat penghujung bulan oktober...kadang-kala hatiku berbisik.."Ya Allah..terima kasih kerna sihatkan tubuh badanku...adakah aku golongan yang kau peluang/kesempatan didunia ini untuk mengerjakan perintahmu/ajaranmu....adakah aku cukup ibadah sebagai umatmu...Ya Allah kau berikan la aku kesempatan tuk menjalani liku-liku kehidupan sehari..dan kau kuatkan iman ku dan kau terangkan hati ku tuk mendalami ajaranmu sesungguhnya..hambamu nie keldil...sesungguhnya hambamu ini takut akan kematian menjamputku dengan amalanku yang kosong...Ya Allah..hanya kau yang mengetahui jaritan batinku....sekiranya kau ambil aku...biar la aku tergolong dalam 'kekasihmu'...amin....wah2...mcm ustazah pulak...tapi tu la luahan ikhlas dr hatiku sbg umatnyer...


          Bercerita tentang kehidupan seharian...banyak la dugaan,cobaan,gelagat anak dan macam2 lagi la...tapi hatiku senang sangat2 sebabnyeraku dikelilingi oleh insan2 yang menyanyingiku dan mengasihiku sperti suami tercinta dan anak2 ku..tak lupa jugak dengan panggilan telepon dari keluargaku dikampung hampir setiap hari call aku,atau aku yang call mereka ( mak+abah ).bukan apa hanya bertanya khabar je,aku hanya mahu mereka sihat. baru senang hatiku nie...hah..xlupa jugak pada nenek tercinta.sian nenek ku tu lepas dari raya puasa ari tu aku xde balik pun ke sana..bukan aku xde masa sebenarnyer tapi banyak perkara yang perlu aku selesaikan....sebelum penghujung thn nie...apabila dh selesai maka impianku pada tahun 2011 akan terlaksana...skrg ni dalam proses je....mybe tu rezeki yang Allah mahu berikan pada umatnyer.... salah satu sebabnyer kalau aku nak balik xde sape nak pegang anak aku yang kecil tu...maklum la susah sikit nak duduk dia w/pun dalam sit dia..mengamuk la apa la....beza dengan kakak dia senang je...duduk diam...siap leh la driver jauh2...sia adik nie kejap je pastu nak beriba dgn aku....huhhuhu...sabar je la...


     Aktiviti minggu nie xtau la apa hanya duduk rumah atau my hubby dh planning dgn member2 dia nak g bercuti/berkelah di sg.congkak,hulu langat.xtau la jadi ke tak...nanti dia tanyer member dia dulu...harap2 jadi la..hihihihi...bukan apa anak2 ku nie xsabar nak mandi sungai...sebelum nie ayah cuti g mandi di taman KLCC je....xpe janji masa dengan anak2 tu ada kan..kan....kan....jom layan aksi puteriku di rumah....




Berbasikal dalam rumah....huhuhu...sabar je la.xpe janji tayar dh basuh.aku risau si adik jatuh je..tapi dia jerit2 nak naik jugak...hihihihi...kelakar tgk aksi dia..."happy" je...
Layan lagu nie best jugak...hihihi....


bukan lagu je aku layan...cerita nie akan aku tunggu sampai episod abis...hihihi....






       

Sunday 2 October 2011

Sambutan buzz day puteri sulungku...

    Pada tanggal 30hb September 2011...aku dan hubby serta anak2 dan adik bersiap2 tuk pulang ke kampung di Raub,Pahang tuk menyambut hari lahir anak sulungku...pada mulanya...macam xjadi je sebabnyer....ayah xdapat cuti,tapi ayah cuba tanyer lagi klu xleh 2 hari..sehari pun jadi la...syukur alhamdullilah....dapat 1hari...apalagi kemas la pakaian mlm nie jugak blik....


Sampai jugak la di kampung dalam kul 1pg jugak la..ngantuk xyah cakap..mak dh masak..gulai ikan salai,ikan sungai goreng dan mcm2....tak jadi nk makan coz ngantuk sgt2..esok2 la..makan...esok paginyer aku bangun awal la coz nk siapkan kueh apam comel2 tu..tuk buzz day ptg nanti....menunyer simple je...mee kari,apam comel,kek,dan kueh donat (mak buatkan )..lembut giler....!!!...sedap tu...


Nak tgk kesibukkan kami tak???....jom..zazzzz!!!....

Tekun buat kerja

belum masak lagi

Add caption

buat corak apalagi ya??

dh siap mencorak jom msk!!..

kek coklat dh siap ( sebelum deco)

Deco separuh..

Dah siap dh deco2...kek

tu la dia......aku buat apam tu coz kembar aku nk belajar cara2 nak buat mcmaner..so aku tunjukkan la...hihihi..aku pun baru 2nd time buat nie....alhamdullilah menjadi.Suasana meriah la...asalnyer nak buat nasi ayam la tapi tiba2 abah tukar menu nak mee kari...huhuhuh....ikut je la.aku sbnrnyer nak buat adik beradik je..tapi abah suruh ajak saudara mara di kg panchor...aku xkisah sangat ok je...lebih ramai lagi seronok...hihihi....


happy la anak sulungku majlis smbutan buzz day dia buat jugak...hadiha dh lama beli...hihhihi/...
"happy buzz day kakak"semoga kakak jadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup...membesar dengan baik dunia dan akhirat.

Pengetahuan dan Penghayatan bagi semua umat islam


  • Tanda-Tanda Saat Kematian

    100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

    60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

    40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

    7 hari : Mengidam makanan.

    5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

    3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

    2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

    1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

    Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

    Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

    ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

    Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
    "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

    Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
    "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

    Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

    Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
    Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

    Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

    Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

    "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

    Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

    Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.


    Sekian untuk ingatan kita bersama....